aku duduk di penjuru bilik kosong itu. tiada siapa-siapa. yang ada hanya aku dan kau. kau berdiri tepat di depan aku. tiada suara. tiada pergerakan. hanya kau, aku dan kesunyian ini. keadaan ini tidak asing bagi kita bukan?
Tiada kata atau ucapan yang aku ingin sampaikan pada kau. sudah tiada apa lagi yang boleh mengaitkan soal hidup kita. kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. kisah kita berlainan. kita bukan lagi berada dalam sebuah cerita. kisah kita dah lama lenyap kan? itu yang kau mahukan bukan?
Aku berasa begitu kekok bila bersama kau. di dalam bilik ini. aku lebih rela bersama kesunyianku berbanding bersama kau. dulu kita pernah kongsi kegembiraan, malah kesedihan. namun, sekarang yang ada cuma perasaan kekok. perasaan yang aku tidak suka.
ahhhh...aku perlukan sesuatu untuk melenyapkan rasa ini. rokok please..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment