Friday, September 3, 2010

after 10 days

'hye dear..'

apa yang patut aku rasa? seronok?
yang pastinya, aku tak pasti
apa yang patut aku rasa

jam di skrin telefon menunjukkan pukul 0735 1sept2010

ahhh..tunggu lah setengah jam dulu

aku membalas

'owh hye'

..................dan ia hanya terhenti disitu
seperti selalunya
dia biarkan aku kebingungan




Monday, August 30, 2010

janji aku

bila aku berjanji, percayalah aku akan tepatinya.
percayalah aku tak akan pernah memungkirinya.
bila aku cakap
kita kawan selamanya
aku maksudkannya
aku akan pegang janji aku
kecuali jika kau memilih untuk tidak mengendahkan janji itu
menganggap aku tak pernah wujud?
kau pilih
aku bagi kau pilihan
yang tak akan pernah kau pertikaikan

masih ingatkah kau bila kau mengatakan
please, jangan pertikaikan kenapa......
dan aku faham
dan aku tak pernah pertikaikannya, bukan?
semua yang kau inginkan, aku turuti
semuanya untuk kau
aku nak kau happy
sebab apa?
untuk apa semua ni?
kau jawablah
sudah terang lagi bersuluh bukan?

p/s: aku seperti rindu kau lagi....amat...tapi kau??

Tuesday, August 24, 2010

untuk kedua kalinya

apa ni? kenapa ia berlaku lagi? kenapa perasaan ni lahir kembali? kenapa? kenapa aku? kenapa tak orang lain? life is unfair, bukan?

hati aku? aku ada hati ke? yang aku tahu hanya lah seketul gumpalan darah yang semakin hari semakin nazak. semakin tembus dibedil peluru tak bermata. hati aku tak sama dengan hati kau kan? hati kau masih merah. tapi hati aku dah hitam. sehitam dan segelap malam tanpa bulan. kali ni, hati aku menangis lagi sekali. aku dengar dia jerit 'cukup-cukup'..tapi aku tak endahkan. jadi lihatlah apa yang jadi sekarang ni. menangis lah kau sebanyak mungkin. kau memang gemarkan menangis wahai hati? kan?


sampai bila semua ni? bila akan berakhir? aku dah terlalu sedih. tologlah faham

Saturday, August 21, 2010

tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku. Ini saja pintaku. tapi kepada siapa aku meminta? kau? aku?
atau orang lain. Aku benar2 maksudkannya, tolong ingatkan aku. Ingatkan aku status kita. Walau apa yang berlaku antara kita adalah rahsia kita. 'Dia' pun tidak layak untuk mengetahuinya. Ini antara kita berdua. Ini kisah kita. Aku tahu ini sukar bukan? Kalau tidak bagi kau, tapi sekurang-kurangnya bagi aku. Kau yang buat semua ni sukar kan?

Kenapa kau buka balik kisah kita? Kau suka lihat aku merana bukan?



p/s: 'dia' tak akan tahu selain kau yang memberitahunya. baik jangan.

Friday, August 20, 2010

temporary

kenapa aku suka semuanya tak akan kekal? atau lebih tepat hanya sementara?

perasaan aku lain. Kenapa tak seperti sebelum ini. Masa pertama kali kita bertemu, perasaan aku lain. Tapi kali ini pula lain. Kenapa? Dulu aku rasa seperti ada rama2 saja bermain di dalam perutku. Tapi kali ini tidak lagi. Mana mereka pergi? Atau mereka telah dibunuh oleh kau? Kau yang membunuh rama2 itu kan? Tapi kenapa?

Aku tak rasa seperti mahu senyum bila bertemumu. Aku tak rasa ingin berkata-kata pun. Aku hanya berkata-kata bagi memecahkan kesunyian dan kekosongan kita, memecahkan kekekokan kita. Aku juga memilih untuk menjadi pendengar yang setia daripada menjadi tukang cerita. Kau dah lain. Aku juga lain. Aku tak dapat nak mesrakan diri aku bila disisimu, seperti dulu.

Tamat


Jangan buat aku suka kau sebab aku tahu kau tak akan berjaya.

Wednesday, August 18, 2010

kau

muka kau pucat seperti ternampak hantu. Kenapa? kau sakit? jawablah. Jelasnya kau hanya membalas pertanyaanku dengan renungan tajam. Apa maksud kau? Aku tak faham. Kau tak selesa dengan kehadiranku disini? Kau tunduk dan sekali lagi kau biarkan aku dengan persoalanku.

Tuesday, August 17, 2010

kosong

Kita bertemu kembali. Tapi kali ini bukan dirancang, tidak sengaja. Aku tenung wajah kau. Tapi apa yang aku nampak? Aku tak nampak kau yang dulu. Aku tenung kau lagi, kali ini lebih lama. Apa yang aku nampak? blank. Aku tak nampak apa-apa. Tiada apa-apa perasaan untuk aku berikan pada kau. Benci? Tak. Cinta? Jauh sekali lah. Jadi, apa yang ada sekarang?



shit...
mata aku berair lagi