bila aku berjanji, percayalah aku akan tepatinya.
percayalah aku tak akan pernah memungkirinya.
bila aku cakap
kita kawan selamanya
aku maksudkannya
aku akan pegang janji aku
kecuali jika kau memilih untuk tidak mengendahkan janji itu
menganggap aku tak pernah wujud?
kau pilih
aku bagi kau pilihan
yang tak akan pernah kau pertikaikan
masih ingatkah kau bila kau mengatakan
please, jangan pertikaikan kenapa......
dan aku faham
dan aku tak pernah pertikaikannya, bukan?
semua yang kau inginkan, aku turuti
semuanya untuk kau
aku nak kau happy
sebab apa?
untuk apa semua ni?
kau jawablah
sudah terang lagi bersuluh bukan?
p/s: aku seperti rindu kau lagi....amat...tapi kau??
Monday, August 30, 2010
Tuesday, August 24, 2010
untuk kedua kalinya
apa ni? kenapa ia berlaku lagi? kenapa perasaan ni lahir kembali? kenapa? kenapa aku? kenapa tak orang lain? life is unfair, bukan?
hati aku? aku ada hati ke? yang aku tahu hanya lah seketul gumpalan darah yang semakin hari semakin nazak. semakin tembus dibedil peluru tak bermata. hati aku tak sama dengan hati kau kan? hati kau masih merah. tapi hati aku dah hitam. sehitam dan segelap malam tanpa bulan. kali ni, hati aku menangis lagi sekali. aku dengar dia jerit 'cukup-cukup'..tapi aku tak endahkan. jadi lihatlah apa yang jadi sekarang ni. menangis lah kau sebanyak mungkin. kau memang gemarkan menangis wahai hati? kan?
sampai bila semua ni? bila akan berakhir? aku dah terlalu sedih. tologlah faham

Saturday, August 21, 2010
tolong ingatkan aku
Tolong ingatkan aku. Ini saja pintaku. tapi kepada siapa aku meminta? kau? aku?
atau orang lain. Aku benar2 maksudkannya, tolong ingatkan aku. Ingatkan aku status kita. Walau apa yang berlaku antara kita adalah rahsia kita. 'Dia' pun tidak layak untuk mengetahuinya. Ini antara kita berdua. Ini kisah kita. Aku tahu ini sukar bukan? Kalau tidak bagi kau, tapi sekurang-kurangnya bagi aku. Kau yang buat semua ni sukar kan?
Kenapa kau buka balik kisah kita? Kau suka lihat aku merana bukan?
p/s: 'dia' tak akan tahu selain kau yang memberitahunya. baik jangan.

Friday, August 20, 2010
temporary
kenapa aku suka semuanya tak akan kekal? atau lebih tepat hanya sementara?
perasaan aku lain. Kenapa tak seperti sebelum ini. Masa pertama kali kita bertemu, perasaan aku lain. Tapi kali ini pula lain. Kenapa? Dulu aku rasa seperti ada rama2 saja bermain di dalam perutku. Tapi kali ini tidak lagi. Mana mereka pergi? Atau mereka telah dibunuh oleh kau? Kau yang membunuh rama2 itu kan? Tapi kenapa?
Aku tak rasa seperti mahu senyum bila bertemumu. Aku tak rasa ingin berkata-kata pun. Aku hanya berkata-kata bagi memecahkan kesunyian dan kekosongan kita, memecahkan kekekokan kita. Aku juga memilih untuk menjadi pendengar yang setia daripada menjadi tukang cerita. Kau dah lain. Aku juga lain. Aku tak dapat nak mesrakan diri aku bila disisimu, seperti dulu.
Tamat
Jangan buat aku suka kau sebab aku tahu kau tak akan berjaya.

Wednesday, August 18, 2010
kau
muka kau pucat seperti ternampak hantu. Kenapa? kau sakit? jawablah. Jelasnya kau hanya membalas pertanyaanku dengan renungan tajam. Apa maksud kau? Aku tak faham. Kau tak selesa dengan kehadiranku disini? Kau tunduk dan sekali lagi kau biarkan aku dengan persoalanku.
Tuesday, August 17, 2010
kosong
Kita bertemu kembali. Tapi kali ini bukan dirancang, tidak sengaja. Aku tenung wajah kau. Tapi apa yang aku nampak? Aku tak nampak kau yang dulu. Aku tenung kau lagi, kali ini lebih lama. Apa yang aku nampak? blank. Aku tak nampak apa-apa. Tiada apa-apa perasaan untuk aku berikan pada kau. Benci? Tak. Cinta? Jauh sekali lah. Jadi, apa yang ada sekarang?
shit...mata aku berair lagi
shit...mata aku berair lagi
Monday, August 16, 2010
kenapa perlu sedih
Jangan bersedih. kau belum memilikinya bukan? mengapa kau begitu emosional bila dia memilih untuk pergi dan meninggalkan kau sendirian. Aku duduk di bangku usang ini memikirkan mengapa aku pun begitu. Mengapa aku juga bersedih. Ahhhh..itu cerita dulu. Cerita yang aku tak ingin ingat.
Semua kisah kita aku harap hanya kita yang tahu. Kisah yang tidak begitu menarik. Tetapi agak tragis kerna bisa membuat pipi aku basah tanpa aku sedar. Aku sedih? terkilan mungkin. Tapi tu semua kisah dulu. Sekarang aku lebih selesa memilih untuk tidak mengenali kau. Ya, memang aku telah mengenali kau. Tapi aku lebih selesa jika menganggap kita tidak pernah kenal. perfect stranger. Itu lebih tepat.

Wednesday, August 11, 2010
kau memang begitu bukan
aku duduk di penjuru bilik kosong itu. tiada siapa-siapa. yang ada hanya aku dan kau. kau berdiri tepat di depan aku. tiada suara. tiada pergerakan. hanya kau, aku dan kesunyian ini. keadaan ini tidak asing bagi kita bukan?
Tiada kata atau ucapan yang aku ingin sampaikan pada kau. sudah tiada apa lagi yang boleh mengaitkan soal hidup kita. kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. kisah kita berlainan. kita bukan lagi berada dalam sebuah cerita. kisah kita dah lama lenyap kan? itu yang kau mahukan bukan?
Aku berasa begitu kekok bila bersama kau. di dalam bilik ini. aku lebih rela bersama kesunyianku berbanding bersama kau. dulu kita pernah kongsi kegembiraan, malah kesedihan. namun, sekarang yang ada cuma perasaan kekok. perasaan yang aku tidak suka.
ahhhh...aku perlukan sesuatu untuk melenyapkan rasa ini. rokok please..

Tuesday, August 10, 2010
biar aku simpulkan
ya. aku sudah mendapat kesimpulan. kesimpulan kepada persoalan aku. kesimpulan yang akan menutup semua persoalan. persoalan yang tidak lagi menjadi persoalan. statusnya sudah jelas. ya. aku tidak lagi diperlukan. dulu, kau pernah berpesan padaku. jangan lupa kawan walau status kita sudah berubah. tapi apa semua ni? kau kata tak serupa bikin kan? kau memang begitu. aku kenal kau dalam2.
Bila aku kembali mendekati mindaku yang waras. aku tersentak. ahh..mengapa aku begitu bodoh. kali ni aku benar2 nekad. aku tak akan goyah. aku tetap dengan keputusanku. keputusan aku yang aku harap tidak pernah salah.
oh.maafkan aku jika seperkenalan kita, aku pernah berkasar dengan engkau. tapi kali ini, semuanya lebih berganda kekasaran yang kau lakukan berbanding yang pernah aku lakukan. dulu. dan. aku tak lagi perlukan kau. kau boleh pergi sekarang. tak. sebenarnya kau dah lama pergi kan. hanya aku yang tidak sedari.
dan. selamat tinggal selamanya. tidurlah sayangku.

Tuesday, August 3, 2010
i've lost my soul
aku dimana? aku bingung. aku bertanya pada diriku adakah aku di tempat yang sepatutnya. atau adakah ini adalah satu lagi mimpiku. ngeri atau indah aku pun tak mengerti. dalam sedarku, aku dikelilingi manusia. manusia yang bermuka-muka, yang tidak pernah jemu berdrama atas pentas ciptaan sendiri. dan aku mengucapkan tahniah kepada golongan yang sentiasa menang. terdetik di fikiranku, bilakah giliranku pula? atau aku tidak akan pernah menang. persoalan ini aku biarkan tanpa jawapan. biarlah masa menentukan.
aku pergi dulu sayang.
aku pergi dulu sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)