Friday, September 3, 2010

after 10 days

'hye dear..'

apa yang patut aku rasa? seronok?
yang pastinya, aku tak pasti
apa yang patut aku rasa

jam di skrin telefon menunjukkan pukul 0735 1sept2010

ahhh..tunggu lah setengah jam dulu

aku membalas

'owh hye'

..................dan ia hanya terhenti disitu
seperti selalunya
dia biarkan aku kebingungan




Monday, August 30, 2010

janji aku

bila aku berjanji, percayalah aku akan tepatinya.
percayalah aku tak akan pernah memungkirinya.
bila aku cakap
kita kawan selamanya
aku maksudkannya
aku akan pegang janji aku
kecuali jika kau memilih untuk tidak mengendahkan janji itu
menganggap aku tak pernah wujud?
kau pilih
aku bagi kau pilihan
yang tak akan pernah kau pertikaikan

masih ingatkah kau bila kau mengatakan
please, jangan pertikaikan kenapa......
dan aku faham
dan aku tak pernah pertikaikannya, bukan?
semua yang kau inginkan, aku turuti
semuanya untuk kau
aku nak kau happy
sebab apa?
untuk apa semua ni?
kau jawablah
sudah terang lagi bersuluh bukan?

p/s: aku seperti rindu kau lagi....amat...tapi kau??

Tuesday, August 24, 2010

untuk kedua kalinya

apa ni? kenapa ia berlaku lagi? kenapa perasaan ni lahir kembali? kenapa? kenapa aku? kenapa tak orang lain? life is unfair, bukan?

hati aku? aku ada hati ke? yang aku tahu hanya lah seketul gumpalan darah yang semakin hari semakin nazak. semakin tembus dibedil peluru tak bermata. hati aku tak sama dengan hati kau kan? hati kau masih merah. tapi hati aku dah hitam. sehitam dan segelap malam tanpa bulan. kali ni, hati aku menangis lagi sekali. aku dengar dia jerit 'cukup-cukup'..tapi aku tak endahkan. jadi lihatlah apa yang jadi sekarang ni. menangis lah kau sebanyak mungkin. kau memang gemarkan menangis wahai hati? kan?


sampai bila semua ni? bila akan berakhir? aku dah terlalu sedih. tologlah faham

Saturday, August 21, 2010

tolong ingatkan aku

Tolong ingatkan aku. Ini saja pintaku. tapi kepada siapa aku meminta? kau? aku?
atau orang lain. Aku benar2 maksudkannya, tolong ingatkan aku. Ingatkan aku status kita. Walau apa yang berlaku antara kita adalah rahsia kita. 'Dia' pun tidak layak untuk mengetahuinya. Ini antara kita berdua. Ini kisah kita. Aku tahu ini sukar bukan? Kalau tidak bagi kau, tapi sekurang-kurangnya bagi aku. Kau yang buat semua ni sukar kan?

Kenapa kau buka balik kisah kita? Kau suka lihat aku merana bukan?



p/s: 'dia' tak akan tahu selain kau yang memberitahunya. baik jangan.

Friday, August 20, 2010

temporary

kenapa aku suka semuanya tak akan kekal? atau lebih tepat hanya sementara?

perasaan aku lain. Kenapa tak seperti sebelum ini. Masa pertama kali kita bertemu, perasaan aku lain. Tapi kali ini pula lain. Kenapa? Dulu aku rasa seperti ada rama2 saja bermain di dalam perutku. Tapi kali ini tidak lagi. Mana mereka pergi? Atau mereka telah dibunuh oleh kau? Kau yang membunuh rama2 itu kan? Tapi kenapa?

Aku tak rasa seperti mahu senyum bila bertemumu. Aku tak rasa ingin berkata-kata pun. Aku hanya berkata-kata bagi memecahkan kesunyian dan kekosongan kita, memecahkan kekekokan kita. Aku juga memilih untuk menjadi pendengar yang setia daripada menjadi tukang cerita. Kau dah lain. Aku juga lain. Aku tak dapat nak mesrakan diri aku bila disisimu, seperti dulu.

Tamat


Jangan buat aku suka kau sebab aku tahu kau tak akan berjaya.

Wednesday, August 18, 2010

kau

muka kau pucat seperti ternampak hantu. Kenapa? kau sakit? jawablah. Jelasnya kau hanya membalas pertanyaanku dengan renungan tajam. Apa maksud kau? Aku tak faham. Kau tak selesa dengan kehadiranku disini? Kau tunduk dan sekali lagi kau biarkan aku dengan persoalanku.

Tuesday, August 17, 2010

kosong

Kita bertemu kembali. Tapi kali ini bukan dirancang, tidak sengaja. Aku tenung wajah kau. Tapi apa yang aku nampak? Aku tak nampak kau yang dulu. Aku tenung kau lagi, kali ini lebih lama. Apa yang aku nampak? blank. Aku tak nampak apa-apa. Tiada apa-apa perasaan untuk aku berikan pada kau. Benci? Tak. Cinta? Jauh sekali lah. Jadi, apa yang ada sekarang?



shit...
mata aku berair lagi

Monday, August 16, 2010

kenapa perlu sedih

Jangan bersedih. kau belum memilikinya bukan? mengapa kau begitu emosional bila dia memilih untuk pergi dan meninggalkan kau sendirian. Aku duduk di bangku usang ini memikirkan mengapa aku pun begitu. Mengapa aku juga bersedih. Ahhhh..itu cerita dulu. Cerita yang aku tak ingin ingat.

Semua kisah kita aku harap hanya kita yang tahu. Kisah yang tidak begitu menarik. Tetapi agak tragis kerna bisa membuat pipi aku basah tanpa aku sedar. Aku sedih? terkilan mungkin. Tapi tu semua kisah dulu. Sekarang aku lebih selesa memilih untuk tidak mengenali kau. Ya, memang aku telah mengenali kau. Tapi aku lebih selesa jika menganggap kita tidak pernah kenal. perfect stranger. Itu lebih tepat.

Wednesday, August 11, 2010

kau memang begitu bukan

aku duduk di penjuru bilik kosong itu. tiada siapa-siapa. yang ada hanya aku dan kau. kau berdiri tepat di depan aku. tiada suara. tiada pergerakan. hanya kau, aku dan kesunyian ini. keadaan ini tidak asing bagi kita bukan?

Tiada kata atau ucapan yang aku ingin sampaikan pada kau. sudah tiada apa lagi yang boleh mengaitkan soal hidup kita. kau dengan hidup kau dan aku dengan hidup aku. kisah kita berlainan. kita bukan lagi berada dalam sebuah cerita. kisah kita dah lama lenyap kan? itu yang kau mahukan bukan?

Aku berasa begitu kekok bila bersama kau. di dalam bilik ini. aku lebih rela bersama kesunyianku berbanding bersama kau. dulu kita pernah kongsi kegembiraan, malah kesedihan. namun, sekarang yang ada cuma perasaan kekok. perasaan yang aku tidak suka.

ahhhh...aku perlukan sesuatu untuk melenyapkan rasa ini. rokok please..

Tuesday, August 10, 2010

biar aku simpulkan

ya. aku sudah mendapat kesimpulan. kesimpulan kepada persoalan aku. kesimpulan yang akan menutup semua persoalan. persoalan yang tidak lagi menjadi persoalan. statusnya sudah jelas. ya. aku tidak lagi diperlukan. dulu, kau pernah berpesan padaku. jangan lupa kawan walau status kita sudah berubah. tapi apa semua ni? kau kata tak serupa bikin kan? kau memang begitu. aku kenal kau dalam2.

Bila aku kembali mendekati mindaku yang waras. aku tersentak. ahh..mengapa aku begitu bodoh. kali ni aku benar2 nekad. aku tak akan goyah. aku tetap dengan keputusanku. keputusan aku yang aku harap tidak pernah salah.

oh.maafkan aku jika seperkenalan kita, aku pernah berkasar dengan engkau. tapi kali ini, semuanya lebih berganda kekasaran yang kau lakukan berbanding yang pernah aku lakukan. dulu. dan. aku tak lagi perlukan kau. kau boleh pergi sekarang. tak. sebenarnya kau dah lama pergi kan. hanya aku yang tidak sedari.

dan. selamat tinggal selamanya. tidurlah sayangku.

Tuesday, August 3, 2010

i've lost my soul

aku dimana? aku bingung. aku bertanya pada diriku adakah aku di tempat yang sepatutnya. atau adakah ini adalah satu lagi mimpiku. ngeri atau indah aku pun tak mengerti. dalam sedarku, aku dikelilingi manusia. manusia yang bermuka-muka, yang tidak pernah jemu berdrama atas pentas ciptaan sendiri. dan aku mengucapkan tahniah kepada golongan yang sentiasa menang. terdetik di fikiranku, bilakah giliranku pula? atau aku tidak akan pernah menang. persoalan ini aku biarkan tanpa jawapan. biarlah masa menentukan.

aku pergi dulu sayang.

Thursday, July 15, 2010

i wish i was special

Terlalu banyak perkara yang berlaku padaku, bertimpa-timpa hinggakan aku rasa seperti mahu lari jauh-jauh. tnggalkan semua nya. tinggalkan dunia yang kejam ini. dunia yang selalu mencemburui kita. perasaan yang tidak pernah tenang. alangkah mudahnya jika kita dapat lupakan perkara yang pernah berlaku, maksudku perkara teruk yang pernah dialami, hilang dari ingatan.tanpa susah payah kita berusaha untuk melupakannnya. kata-kata sorry begitu mudah untuk diungkapkan bukan? tapi untuk really mean it tak semua orang mampu. mudah diucapkan tapi untuk betul-betul maksudkan nya payah bukan? ironinya manusia begitulah. kata-kata diungkapkan hanya untuk mengambil hati. untuk menyedapkan hati.

Thursday, June 24, 2010

seronok

Aku sangat happy bersama kau. Tapi aku tahu ini hanya sementara bukan.

Tuesday, June 22, 2010

kau menang lagi

ya.kau menang lagi sekali.kau menang tanpa bertanding.aku.usah kau pedulikan aku. aku masih disini. masih bersedia menerima lakonan hebat kau.itu pun kalau kau rasa kau hebat.

Thursday, June 17, 2010

apakah semua ini

aku tahu aku siapa. dan kau tahu aku siapa. aku adalah diri aku. kau suka atau tidak itu lain kira. dan aku tahu kau tak akan dapat mengubah aku. aku akan ubah diri aku. mungkin. itu pun kalau aku ingin berubah. kalau tidak. tak lah. inilah aku. deal with it baby.

dan aku tahu. kau tak suka aku begini kan. tapi ini aku. this is the real me.

mungkin benar kata engkau. aku tahu kau serius dalam berbicara. aku akan berusaha menjadi serius. mungkin. atau tidak. tapi akan aku cuba. ya, ia sukar bagi aku. but i will try.

Saturday, June 12, 2010

Wednesday, June 9, 2010

kebahagiaan itu sementara

percayalah kataku ini, kebahagiaan itu sementara. benar. tapi mengapa? wujudkah jawapan bagi soalan yang bersarang difikiranku ini. sukar. sukar bagiku untuk mengagak jawapannya. jika tahu. bagitahu aku. aku sedia mendengar jawapannya.

kau membuatkanku sangsi.lagi sekali. tapi tendangan kesangsian kali ini lagi hebat, lagi hebat dari kesesakan di langit gaza oleh kehujanan bom2 yang tidak bermata. dan kepercayaanku goyang. goyang seperti ada satu kuasa kuat yang control aku, keteguhan aku. dan maafkan aku jika kali ini aku sukar untuk mempercayaimu. lagi sekali.

kte ok kan?

*sigh

Monday, June 7, 2010

it's complicated

*sigh

hate this

sebenarnya apakah semua ini? apakah? mengapakah ia terlalu sukar bagiku? maafkan aku. aku tidak bisa memahami. ini terlalu sukar. ia tidak pernah wujud dalam kamus hidupku. aku rimas. aku ingin memahaminya. memahami sesuatu yang tak pernah ku fahami. aku perlukan masa. masa yang aku juga sukar untuk predict. berapa lama masa yang aku perlukan. sehari? seminggu? sebulan? atau selama-lamanya. tapi yang jelas, aku akan cuba. cuba.

Thursday, June 3, 2010

apa kau tahu pasal cinta?

hey, apa kau tahu pasal cinta?. ok, define love. untuk aku. sebab aku tak pernah tahu. cinta itu apa. yang jelas bagi aku adalah bila dua jasad. berpegangan tangan. bercumbu mesra. berbalas msg mungkin. tapi aku tetap tidak mengerti. maafkan aku. aku lembab. bukan, aku slow saja. aku biarkan mereka pecut dahulu barulah aku mengejar mereka. tapi speed aku tak setanding mereka. aku melangkah satu demi satu langkah. benar. aku jauh ketinggalan. aku biarkan mereka. menang. dan aku. kalah. biarlah.

ok. cinta. siapa berani. terangkan pada aku. cinta itu apa. yang aku selalu dengar. mereka kata. cinta itu buta. buta. benarkah.

panggilan 'syg' yang selalu aku dengar. benarkah sayang. atau itu hanya panggilan semata-mata. hanya mereka yang tahu. dan aku tidak ingin mewujudkan persoalan disini. dan jangan tanya aku. kerna kau tahu. kau tidak akan mendapat jawapannya daripada aku. aku hanya akan menambahkan persoalan kepada soalanmu ini. tahniah.

tiada tajuk

hidup aku tiba-tiba berubah. aku taktahu kenapa dan aku tidak mahu tahu mengapa. aku hanya 'go with the flow'. adakah apa yang aku rasa ini benar-benar wujud, atau hanya illusi aku yang hanya akan terus menghayutkan aku dari alam nyata. benar. aku tahu kau wujud. aku tahu kau ada. tapi hanya satu yang menjadi persoalan bagi diriku. adakah kau menjadi dirimu atau kau hanya berpura-pura. tapi jika ini adalah satu lagi ciptaan kepura-puraan mu. jadi, aku ucapkan tahniah. tahniah, baby. kau hebat. mungkin kau akan menewaskan keegoanku. dan maaf jika ketinggian egoku menandingi egomu. tapi aku seperti sudah tewas. tewas. tanpa aku sedar. dammit!

Wednesday, June 2, 2010

maaf sekali lagi

lagu ni
buat aku menangis
benar
aku tidak berdusta
mendalam
walaupun aku tahu
ia tidak bermakna bagi mu

*tunjukkan aku-Boneca

it's not over...yet baby

aku penat
benar benar penat
bermain dalam permainan yang tiada kesudahan
cukup! cukup! mau saja aku menjerit, tapi maaf. suaraku tidak cukup energi untuk berbuat sedemikian. akan ku teruskan permainan ini. kita lihat siapa yang akan jerit 'i'm surrender, baby'.
dan dengan jelasnya.aku memang sudah penat. nafasku putus2. tpi aku tidak mahu mengalah. katanya 'awal lagi lah syg'. benar. memang terlalu awal. permainan aku baru saja bermula. jangan kau mengalah.aku tahu kau kuat.

1st entry

ok2...i luv this song

Playing With My Heart -Kate Voegele

a little tough love
never hurt nobody
never saw this coming,
this side of me
I know where you're goin'
with your sugar-laced talkin'
and it wasn't too hard to see

you think you got me
right where you want me
you think you got the whole story
I think that a proper fair warning
might seve you well
so i'm here to tell you

it's not too late
to do yourself a favor
and walk away
though I know that's never been your nature
by the way
you've put yourself in danger cause you're
playing with my heart
playing with my heart
you're playing with my heart

every good girl's got a real good reason
to believe in breaking
all the rules sometimes
and i'm that girl baby you're that reason
and your scheming
has caused me to cross the line

you lie but i'm a pretty good liar
you chose a game I can play better
you're bright, oh but baby i'm clever
so you might as well
let me tell you

chorus

for heaven's sake what are you thinking baby?
you won't catch what you've been chasing
trust me when i say i can keep you running
but i'm not coming oh i won't come around

chorus

* lirik sgt best okeh